+607-7431 289 +607-7431 289 jba2035@moe.gov.my

SEJARAH AWAL SEKOLAH

1972

Pekan Niyor terletak di pinggir Bandar Kluang, kira-kira 15 Kilometer dari Bandar Kluang. Penduduk di kawasan ini adalah berbilang kaum. Dikawasan ini terdapat tiga buah sekolah ,di antaranya Sekolah Kebangsaan Kg.Melayu Niyor,Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Lit Terk dan Sekolah Tamil Ladang CEP Tamil. Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu Niyor terletak Di Kampung Melayu Niyor.Pada peringkat awalnya,murid sekolah ini memulakan pembelajaran di balai raya Kampung Melayu Niyor kerana ketiadaan bangunan sekolah iaitu sekitar tahun 1972.

1973

Secara rasminya,sekolah ini dibuka pada 14 Februari 1973. Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah luar bandar dan sekolah kurang murid(SKM). Keluasan kawasan sekolah ini ialah 4.5 hektar dengan geran bernombor PTD2417. Selepas lapan bulan,sekolah ini mendapat bangunan baru yang diperbuat daripada kayu. Pengasas sekolah ini adalah En. Shawal bin Ahmad. Bilangan murid pada ketika itu adalah seramai 60orang. Sekolah ini terdiri daripada sebuah blok A dan pondok pam air. Sembilan tahun kemudian,sekolah dapat menambahkan bangunan baru iaitu blok B dan kantin sekolah.

1982

Setahun kemudian,iaitu pada tahun 1982,sebuah rumah guru kelas G telah dibina.

1983

Pada 10 Mei 1983,Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah ini didaftarkan dengan nombor pendaftaran JPJ/PIBG/0500.

1997

 Pada Tahun 1997 pula,Bilik Kemahiran Hidup telah dibina dan pihak Persatuan Ibu Bapa Dan Guru telah memohon sumbangan berupa sebuah komputer daripada YB Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh iaitu En. Chong Ah Owon.

2000

Pada Tahun 2000,Senator Pn Hjh. Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain telah bermurah hati untuk menyumbangkan peruntukan sebanyak RM500 untuk perbelanjaan SUWA. Beliau ialah Ketua Wanita UMNO Bahagian Kluang juga merangkap Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia. Pada

2002

Tahun 2002 pula,pihak Persatuan Ibu Bapa dab Guru telah mendapat peruntukan berupa sebuah komputer berserta pencetak sumbangan daripada YB En.Chong AH Owon. Pada tahun 2004,pihak sekolah telah memnerima tiga buah komputer beserta tiga buah pencetak daripada YB Dato’ Hishamuddin Bin Tun Hussein,Menteri Pelajaran Malaysia.

2006

Pada tahun 2006,pihak sekolah telah menerima lawatan kerja Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,Dato’ Dr Haji Ahamad Bin Sipon. Beliau memantau projek rintis Interactive Whiteboard dan beliau sangat berpuas hati denganya. Pada tahun yang sama juga,sekolah telah diberikan peruntukan Pusat Akses Komuniti dilengkapi dengan 10 buah komputer dan sebuah pencetak serta capaian internet oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

2007

Pada September 2007,sekolah bersama-sama pihak Time Engineering telah menjayakan Program Angkasawan Negara Di SKKMN sendiri. Melalui penggunaan Radio Amatur,komunikasi secara lansung antara Bumi dan Stesen Antarabangsa ISS dpat dijalankan. Soaljawab antara murid dan angkasawan pertama negara,Dr.Sheikh Muszaffar Shukor dapat didengar dengan jelas di sekolah ini. Berikutan dengan itu,sekolah juga telah dipilih sebagai salah sebuah sekolah angkat kepada Syarikat Time Engineering.

2016